Seorang ibu yang mahu jadi penyayang, pasti akan
teruji apabila anaknya menangis, meraung dan meragam…
Seorang guru yang mahu jadi terbaik pasti teruji
apabila anak murid melawan, dan berkasar dengannya…
Seorang suami yang mahu jadi budiman pasti teruji
apabila isterinya meninggikan suara, dan membantahnya…
Seorang pemimpin yang mahu jadi amanah dan beriman
pasti teruji apabila fitnah melanda dirinya dan
rakyat tidak faham tuntutan Islam…
Pastinya setiap orang akan diuji dalam kehidupan, cuma
adakah kita sedar untuk apa ujian tersebut? Siapa yang memberi kita ujian? Sabar
dan syukurkah kita dalam menghadapi ujian hidup? Cuba kita bandingkan dua peristiwa tersebut, ujian sabar
yang boleh menjadikan seseorang manusia itu yang paling mulia atau yang
paling hina di sisi Allah..
Pada
16 Sept 2012, mayat
bayi perempuan ditemui di kawasan tempat letak kereta di Pangsapuri Desa
Mentari, Petaling Jaya di sini hari ini dengan kecederaan parah di kepala
akibat dicampak dari tempat tinggi oleh ibunya sendiri, dipercayai tingkat tiga
blok 11, kira-kira jam 11 pagi. Awalnya ibu tersebut diuji sabarnya
untuk tidak menghampiri zina seperti dalam firman Allah, ‘Laa Taqrabuzzina’
(jgn hampiri zina), (Q17:32), namun dia tidak sabar, lantas terus melakukan
perkara-perkara yang menghampiri zina sehingga membawa kepada penzinaan yang
sebenar dan akhirnya anak luar nikahnya yang tidak berdosa dibuang selepas
selamat dilahirkan.
Kisah
seterusnya tentang wanita yang bernama Maryam binti ‘Imran. MARYAM berkata: “Bagaimana akan ada bagiku seorang anak laki-laki,
sedang tidak pernah seorang manusia pun menyentuhku dan aku bukan (pula)
seorang penzina? Jibril berkata: Demikian Tuhanmu berfirman “Hal itu adalah
mudah bagi-Ku; dan agar dapat Kami menjadikannya suatu tanda bagi manusia dan
sebagai rahmat bagi Kami; dan hal itu adalah suatu perkara yang sudah
diputuskan.” (Maryam: 20-21)
MARYAM merupakan ibu
kepada Nabi Isa. Semasa kecil, Maryam dihantar ke sebuah tempat ibadah oleh
bapa saudaranya, Nabi Zakaria. Pada suatu hari, ketika Maryam sedang beribadat
kepada Allah, datanglah Malaikat Jibril dalam bentuk pemuda yang tampan agar
Maryam tidak ketakutan.“Aku datang sebagai utusan Allah. Dia akan memberimu
seorang anak lelaki yang suci dan kudus,” kata Malaikat Jibril. Maryam terkejut
mendengar kata-kata itu. “Bagaimana aku boleh memperoleh anak lelaki sedangkan
aku masih belum berkahwin? Aku masih belum pernah disentuh oleh mana-mana
lelaki,” balas Maryam.“Apabila Allah s.w.t. menghendaki sesuatu perkara itu
terjadi, maka akan jadilah ia. Dia Maha Berkuasa di atas segala-galanya,” jawab
Malaikat Jibril.
Malaikat Jibril pun
terus berlalu meninggalkan Maryam kebingungan. Masyarakat pasti akan menghina
dan mencercanya. Beliau masih belum berkahwin. Sekiranya mengandung, pasti
orang akan menuduhnya melakukan zina. Oleh sebab itu, Maryam terpaksa melarikan
diri dari Baitulmaqdis. Beliau pulang ke kampung halamannya di Annashirah. Di
kampung, Maryam memencilkan diri daripada orang kampung. Beliau enggan menemui
sesiapa pun termasuklah keluarganya sendiri. Beliau berpura-pura tidak sihat. Sepanjang
masa Maryam mengabdikan dirinya dan
beribadat kepada Allah. Beliau bermohon agar dikuatkan semangatnya untuk
menghadapi cemuhan daripada masyarakat kelak. Maryam memperoleh ketenangan yang
didambakan dengan keizinan Allah. Allah memperkenankan doa hamba-Nya yang
soleh.
Maryam melalui
hari-harinya dengan ketabahan sehinggalah beliau selamat melahirkan bayi yang
dikandungkannya itu. Beliau memberi nama anaknya Isa yang bakal menjadi nabi
bagi kaum Bani Israel serta membawa kitab Injil. DAN (ingatlah wahai Maryam)
yang telah menjaga kehormatannya lalu Kami tiupkan ke dalam (tubuhnya) roh dari
Kami dan Kami jadikan dia dan anaknya tanda (kekuasaan) yang besar bagi alam
semesta. (al-Anbiyaa’: 91). MARYAM seorang perempuan yang suci. Beliau
menghabiskan masanya dengan beribadat kepada Allah.
Apabila tiba masa
untuk melahirkan anak, Maryam pun keluar dari rumahnya dengan senyap-senyap.
Beliau telah pergi ke tempat yang terpencil dan tiada orang. Akhirnya, Maryam
terpaksa berhenti di bawah sebatang pokok kurma. Beliau sudah tidak dapat
menahan kesakitan lagi. Tidak lama kemudian, Maryam pun melahirkan bayinya dan
bayi itu diberi nama Isa. Maryam menatap wajah anaknya dengan linangan air
mata. Beliau berkata: “Alangkah baiknya kalau aku ditakdirkan mati sebelum
melahirkan anak tanpa sebarang suami.” Maryam berasa amat lapar dan dahaga.
Beliau tidak menemui apa-apa yang boleh dimakan atau diminum. Keadaan padang
pasir itu kontang dan tandus. Tiba-tiba Maryam terdengar satu suara. “Wahai
Maryam, janganlah engkau bersedih. Minumlah air yang mengalir dari bawah tapak
kakimu. Goyangkan pokok kurma di belakangmu dan makanlah buahnya. Kemudian
pulanglah engkau ke kampung. Jika engkau menemui sesiapa, katakan kepada mereka
engkau bernazar puasa dan tidak akan bercakap dengan sesiapapun.”
Kesimpulannya, kedua
wanita tersebut diuji Allah, pertamanya sabar untuk pelihara kehormatan diri,
namun wanita pertama gagal, manakala Maryam berjaya. Sabar kedua adalah
untuk pelihara bayi dalam kandungan, Allah tetap menguji Maryam dengan meniupkan
roh ke dalam rahimnya dan mengandungkan bayi yang bakal menjadi nabi, manakala
wanita pertama tersebut mengandung hasil setelah berzina, namun kedua wanita
ini berjaya. Akhirnya adakah mereka sabar untuk menerima dan mendidik bayi
yang selamat dilahirkan? Sabar yang ketiga inilah yang mengangkat martabat
Maryam di sisi Allah, manakala wanita pertama tersebut gagal dengan
mencampakkan bayinya dan menjadikan dia hina pada pandangan manusia, apatah
lagi di sisi Allah. Andainya wanita pertama tersebut berjaya pada ujian ketiga
dan bertaubat pada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengasih Dan Penyayang serta
Maha Menerima Taubat hambaNya.
Imam Ghazali
menyatakan bahawa IMAN terbahagi kepada dua, separuh adalah sabar
dan separuh lagi adalah syukur; seperti yang ditunjukkan di dalam
hadits-hadits dan perkataan-perkataan sahabat.
Keutamaan Sabar
Allah swt berfirman mengenai
sabar,
“Dan Kami jadikan di antara mereka itu
pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami selama mereka
bersabar. Mereka meyakini ayat-ayat Kami.” (As-Sajdah, 32: 24)
“…Dan Kami pasti akan memberi balasan kepada orang
yang sabar…”
(An-Nahl,16: 96)
Rasulullah Saw bersabda, “Kesabaran adalah harta di
antara harta-harta yang terpendam di dalam syurga.”
Selain itu, dalam ayat 7:
surah al-A’raf juga terdapat firman Allah tentang sabar.
Makna Sabar
Sabar terbentuk dari keterpaduan tiga aspek, diumpama
sepohon pokok:
a) Pengetahuan : Batang pokok daripada akar : Kemaslahatan agama
b) Suasana Hati : Ranting-ranting : Kekuatan dan motivasi
c) Perbuatan : Buah-buahan : Amal yang dilakukan tidak berlebihan.
a) Pengetahuan : Batang pokok daripada akar : Kemaslahatan agama
b) Suasana Hati : Ranting-ranting : Kekuatan dan motivasi
c) Perbuatan : Buah-buahan : Amal yang dilakukan tidak berlebihan.
Tingkatan Sabar
Imam Ghazali menyatakan:
a) Tingkatan sabar pertama : menahan dorongan nafsu dan menghilangkan motif-motifnya.
b) Tingkatan sabar ke dua : ketika menghadapi gangguan dari orang lain, baik perkataan atau perbuatan.
c) Tingkatan sabar ketiga : ketika ditimpa musibah.
a) Tingkatan sabar pertama : menahan dorongan nafsu dan menghilangkan motif-motifnya.
b) Tingkatan sabar ke dua : ketika menghadapi gangguan dari orang lain, baik perkataan atau perbuatan.
c) Tingkatan sabar ketiga : ketika ditimpa musibah.
Ibnu
Abbas pernah berkata, “Ada tiga tingkatan sabar dalam Al-Quran, iaitu (1)
sabar ketika melakukan perintah-perintah Allah swt yang memiliki tingkatan
sebesar 300 derajat; (2) sabar ketika menjauhi larangan-laranganNya yang
memiliki tingkatan sebesar 600 derajat; dan (3) sabar terhadap musibah yang
baru menimpayang memiliki tingkatan 900 derajat.”
Keutamaan Syukur
Allah memadukan keutamaan
syukur dengan zikir, seperti yang diungkapkan dalam firmanNya, “Dan
(ketahuilah) mengingat Allah (solat) itu lebih besar (keutamaannya daripada
ibadah lain)...” (Al-ankabut, 29: 45)
Allah swt juga berfirman,
“Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu.
Bersyukurlah kepadaKu…” (Al-Baqarah,2:152)
“…(Allah) akan member balasan kepada orang yang
bersyukur.” (Ali-Imran,3:144)
Begitu pula, Rasulullah saw pernah bersabda, “Derajat
orang yang makan seraya bersyukur, sama seperti orang yang berpuasa seraya
bersabar.” (HR Ibnu Majah, Tirmidzi, Darimi, Ahmad dan Hakim)
Makna Syukur
Syukur juga
terbentuk daripada keterpaduan tiga aspek, iaitu:
a) Pengetahuan : tiada suatu apa pun yang dapat memberi nikmat selain Allah swt serta perincian
nikmat Allah atas seluruh anggota badan, jiwa serta segala keperluan hidup.
b) Hati : mendorong kesedaran untuk memiliki kewajipan melaksanakan perintah Allah.
c) Perbuatan dan Lisan: menzahirkan sesuatu yang baik dan dapat disaksikan oleh orang sekeliling sebagai
panduan.
a) Pengetahuan : tiada suatu apa pun yang dapat memberi nikmat selain Allah swt serta perincian
nikmat Allah atas seluruh anggota badan, jiwa serta segala keperluan hidup.
b) Hati : mendorong kesedaran untuk memiliki kewajipan melaksanakan perintah Allah.
c) Perbuatan dan Lisan: menzahirkan sesuatu yang baik dan dapat disaksikan oleh orang sekeliling sebagai
panduan.
Jenis Syukur
Hati: menyembunyikan kebaikan daripada pengetahuan
orang lain, dan selalu isi hati dengan zikir.
Ucapan: mengungkapkan rasa syukur kepada
Allah swt melalui kalimat-kalimat tahmid (puji-pujian kepada Allah).
Anggota Badan: dipergunakan untuk taat
perintah Allah dan jauhi laranganNya. Contohnya apabila mata melihat aib orang
muslim, dan telinga yang mendengar aib orang muslim, maka mulutnya tidak akan menyebarkannya. Maka mata
hanya melihat dan telinga hanya mendengar perkara-perkara yang diperbolehkan
dan menghindari maksiat.
Rujukan:
- “Sabar Dan Syukur”, Ihya’ Ulumiddin, Imam
Al-Ghazali, Darussalam Kairo, Penerjemah: Mujahidin Muhayan, Lc.dkk,
Cetakan I, Ogos 2008, Penerbit: Pena Pundi Aksara, Jakarta.
- Blog: Iban-Muslim.