Kesibukan Yang Sia-sia

Kesibukan Yang Sia-sia
"Tidak adanya kesibukan bagi kaum pemuda akan membawa kepada kelalaian. Sedang bagi kaum wanita akan membawa kepada hal- hal yang memuaskan syahwatnya." (Umar bin Khathab)

        Hasan bin Hannan melewati sebuah rumah yang selesai dibina. Beliau berkata, "Bila rumah ini dibina? . Kemudian beliau menegur dirinya sendiri, kenapa kau tanyakan sesuatu yang tidak berguna untuk dirimu? Akan kujatuhkan hukuman dengan puasa setahun!"

        Benar memang, apa yang diucapkan Umar bin Khatab maupun yang dirasakan oleh Hasan bin Hannan. Umat Islam sekarang berada pada kondisi yang mengkhuatirkan, terjerumus pada hal-hal yang melenakan sehingga membuat keras hati, mengeruhkan fikiran, mengotori jiwa sehingga semakin jauh dari kebaikan. Padahal, "Barangsiapa tidak menyibukkan diri dalam kebaikan, niscaya ia akan disibukkan dalam keburukan."

         Justeru, kita mesti mewaspadai hari-hari yang kita lalui, jam yang kita lewati, minit yang terus berderit, detik yang sentiasa berdetak, terus melaju tak kenal henti.

          "Jika kesibukan dapat menimbulkan kelelahan, maka waktu luang dapat menimbulkan kerusakan." (Filosof Persia, Barzanjamhari)

          Saya menulis dan mengambil tajuk ini merujuk buku 'Quantum Tarbiyah' (Solikhin Abu 'Izzuddin) atas dasar menasihati diri sendiri dan anda yang membaca, kerana kerap kali saya juga sibuk dengan perkara yang tidak penting pun kepada saya, maksudnya tiada manfaat atau mudharat pun terhadap kita atau orang lain jika kita sibuk nak ketahui tentang sesuatu hal tersebut. Moga kita sentiasa hati-hati dengan waktu kita. Sebab "ada dua nikmat yang kebanyakan tertipu di dalamnya iaitu kesihatan dan kesempatan." (HR Bukhari )